APLIKASI EDUPODCAST 1.0
Kehidupan manusia kini menuju ke arah revolusi industri 4.0. Begitu juga dengan dunia pendidikan seiring dengan perubahan revolusi industri menjadikan pembelajaran berlaku secara fleksibel di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja. Penggunaan peranti mudah alih seperti telefon pintar menjadi perkara asas dalam kehidupan seharian. Hal ini mempengaruhi dunia pendidikan, di mana pembelajaran turut berlaku secara fleksibel menerusi telefon pintar menjadikan pembelajaran mudah alih (mobile learning) sebagai salah satu pendekatan pembelajaran masa kini.
Begitu juga dengan penggunaan Podcast dalam pembelajaran, di mana pelajar dapat mengakses pelbagai sumber pendidikan. Penggunaan Podcast di lihat memiliki kelebihan untuk menarik perhatian pendengar berbanding membuat sebarang bacaan buku teks atau menonton video yang memerlukan mereka untuk memberikan fokus yang sepenuhnya. Sebalinya, dengan penggunaan Ciri-ciri Podcast iaitu multitasking membolehkan murid dapat mendengar pembelajaran audio sambil melakukan rutin harian seperti biasa sambil berjalan, melakukan kerja rumah atau menunggang basikal. Penggunaan data internet yang sangat rendah juga memberi suatu kelebihan kepada murid sekolah yang memiliki data internet yang terhad. Tambahan, penggunaan Podcast juga tidak memerlukan kelajuan strim yang tinggi kerana ia hanya melibatkan siaran rakaman audio sahaja.
Justeru, satu Aplikasi Podcast Belajar Sains 1.0 telah dihasilkan dan diperkenalkan kepada murid-murid sekolah.
Aplikasi EduPodcast 1.0 yang dihasilkan ini dilihat berjaya membantu para murid untuk meneruskan PdPc mereka kerana ia melibatkan penggunaan data yang amat rendah dan pembelajaran menerusi audio ini dapat memaksimumkan penggunaan buku sedia ada seperti buku teks dan modul mata pelajaran yang telah disediakan oleh para guru.Pn. Norizah Binti Mohamed Ramli, Pengetua SMK Simpang Beluru
Tujuan Inovasi Aplikasi EduPodcast dibangunkan:
- Mengumpulkan kandungan pembelajaran audio digital guru-guru kami secara sistematik.
- Menjadikan audio digital kandungan pembelajaran dapat di akses secara fleksibel.
- Untuk membantu murid melaksanakan pembelajaran secara berterusan di luar waktu persekolahan bersama-sama dengan guru dengan penggunaan data yang amat rendah